KUALA LUMPUR – Ungkapan serta tindakan UMNO dan Pas mengakibatkan orang bukan Islam berasa tidak selamat.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad berkata, logik jika golongan bukan Islam berasa tidak selamat dan merasakan kerjasama kedua-dua parti itu berasaskan kebencian antara satu sama lain.
“Itu pandangan masing-masing kerana ianya merupakan satu suasana yang telah mereka sendiri hasilkan.
“Mereka menggunakan ungkapan negara bahaya, terancam oleh orang bukan Islam, maka seruan mereka addalah seruan menyatukan Melayu dan Islam untuk menghadapi ancaman bukan Islam.
“Kalau mereka menggunakan seruan sedemikian rupa, tak salah bagi orang bukan Islam menganggap ia merupakan satu kesatuan yang berasaskan kebencian terhadap bukan Islam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.