Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Pencemaran toksik di Pasir Gundang sehingga menjejaskan lebih 500 orang tidak sepatutnya di pandang remeh.

Malah, pandangan segelintir pemimpin yang merasakan ‘tidak perlu’ pengisytiharan darurat secepat mungkin di Pasir Gudang sebenarnya sangat mengecewakan.

Ahli Parlimen Pontian (BN), Datuk Ahmad Maslan, pengisytiharan itu pernah dilakukan oleh negara pada tahun 2013 di Muar ketika bencana jerebu.

Ahmad Maslan memberikan tiga cadangan ketika sesi soal jawab  di Dewan Rakyat dan memberi contoh insiden di Muar bagi memastikan kerajaan Pakatan Harapan lebih fokus serta serius dalam menangani isu pembuangan sisa toksik itu.

“Ingin saya bawa kepada pandangan Yang berhormat menteri, pada 24 Jun 2013, Perdana Menteri ketika itu, Yang Berhormat Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi daerah Ledang dan Muar kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang pada masa telah itu melebihi 500 orang.

“Oleh kerana itu kita cadangkan agar diisytiharkan darurat bencana toksik untuk daerah Pasir Gudang kerana pembersihan sungai hanya boleh selesai lebih daripada tujuh hari. Pengisytiharan darurat ini tidak perlukan perintah berkurung dan ia boleh diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi,” katanya.

Cadangan itu diberikan kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mendapat maklumbalas positif.

Selain daripada itu, dua lagi cadangan yang dikemukakan Ahmad adalah supaya kerajaan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menambah hukuman dan meningkatkan penyelarasan serta semua mangsa terlibat diberikan pampasan yang sewajarnya.

Bee Yin merangkap Ahli Parlimen Bakri (PH) juga sebelum ini mendedahkan dirinya sudah berbincang dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada dalang penyebab pencemaran sisa kimia berbahaya itu.

“Peguam Negara bersetuju kerana menganggap kesalahan ini amat berat dan memudaratkan nyawa awam jadi antara yang dilihat termasuk mendakwa dalang terbabit atas beberapa kesalahan mengikut Kanun Keseksaan selain Akta Kualiti Alam Sekitar, ” ujarnya.

Pada jam 4.30 petang ini, sebuah usul tergempar membabitkan pencemaran toksik di Pasir Gudang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini. –MalaysiaGazette