Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin yang kini berdepan pendakwaan di mahkamah dengan menyatakan mereka 'berlakon sakit'.
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand tengah hari ini.

Kejadian itu menyebabkan lebih 49 maut manakala puluhan lagi tercedera termasuk dua rakyat Malaysia.

Menterinya, Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan penjenayah insiden itu yang merakam dan menyiarkan insiden itu secara sengaja dalam internet menyedihkan.

“Saya amat bersimpati dan berharap keluarga mangsa dan masyarakat Christchurch tabah menerima ujian getir itu.

“Saya seru agar masyarakat dunia bersama-sama mengutuk jenayah ini yang tidak boleh diterima sama sekali oleh akal yang waras,” kata beliau.

Katanya, Kementerian Pertahanan masih menunggu laporan penuh daripada Pejabat Penasihat Pertahanan (PPP) Malaysia di New Zealand.

“Pihak kami sentiasa berhubung rapat dan bekerjasama dengan Kementerian Luar dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana.

“Saya percaya kerajaan New Zealand akan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana sentiasa terjamin dan penjenayah terlibat akan dikenakan hukuman sewajarnya,” ujar beliau. – MalaysiaGazette