Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (kanan) bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (tengah) dan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador (kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Siasatan adalah tugas polis bukan kerja peguam Lim Kit Siang.

Itu kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjawab kenyataan peguam kepada pemimpin DAP yang tidak mahu polis menjalankan siasatan terhadap penganjur Sambutan Hari Wanita di ibu kota baru-baru.

“Untuk nak kata jangan siasat (penganjur) dan sebagainya itu bukan tanggungjawab mereka (peguam), itu tanggungjawab PDRM,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang bersara kepada pemangku jawatan itu, Datuk Seri Hamid Bador di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fuzi lagi, pihaknya menerima lebih 50 laporan polis dan siasatan terpaksa dijalankan dan tugas PDRM ketika ini untuk menyiapkan kertas siasatan secepat mungkin.

Selepas siap, katanya, ia akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut.

Terdahulu, Mohamad Fuzi berkata, notis yang diserahkan penganjur kepada polis mengandungi kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Awam (APA) 2012.

“Kita siasat juga ke atas mereka sebab kita tak beri notis dan dia masih nak buat (berhimpun) juga.lagi pun tempoh notis diberikan itu tak cukup pun 10 hari, kalau cukup tempoh mesti kita dah beri kebenaran,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast