Cannavaro Fabio
Cannavaro dilanti sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan kebangsaan China

ROM – Bekas kapten pasukan Itali, Fabio Cannavaro dinamakan sebagai Ketua Jurulatih baharu China.

Dia dilantik sebagai menggantikan Marcello Lippi.

Cannavaro merupakan bekas bintang Real Madrid, Juventus dan Parma FC.

Dia membantu Itali menjulang Piala Dunia pada tahun 2006.

Cannavaro difahamkan akan meneruskan tugas kejurulatihannya bersama Kelab Liga Super China, Guangzhou Evergrande.

Lippi yang berundur dari jawatan itu selepas China tersingkir pada suku akhir Piala Asia Januari lepas.

Lippi akan kekal sebagai penasihat pasukan China.

Cannavaro akan berdepan Thailand dalam saingan Piala China pada 21 Mac ini.- MalaysiaGazette