Raheem Sterling diburu Zidane untuk membentuk pasukan Real Madrid yang mantap menjelang musim hadapan.

MADRID – Real Madrid memburu Raheem Sterling untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan itu.

Zinedine Zidane merupakan peminat utama bintang Manchester City itu yang berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam setiap perlawanan di bawah skuad kendalian Pep Guardiola.

Real yang tersingkir dari kempen Liga Juara Juara Eropah musim ini mengambil semula khidmat Zidane selepas sembilan bulan jurulatih itu meninggalkan pasukan itu tahun lalu.

Real menyediakan dana sebanyak 300 juta pound untuk mengikat Neymar, Eden Hazard dan Christian Eriksen.

Bagaimanapun pasukan itu juga sedang mengintai prestasi Sterling di England selepas muncul antara pemain prolifik dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Raheem menjaringkan 21 gol bersama City musim ini.

Sudah pasti City akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan pemain berusia 24 tahun itu yang baru sahaja memperbaharui kontrak bernilai 300,000 pound seminggu pada November lepas.

City juga akan mempertahankan Raheem dan juga bintang lain kerana tidak mahu berbelanja besar untuk merekrut pemain baharu selepas ini.

Kelab itu berkemungkinan digantung daripada merekrut pemain baharu akhir musim ini atas kesalahan melanggar peraturan Kewangan Bersih (FFP) oleh FIFA. – Agensi