KUALA LUMPUR – Pelakon Mawar Rashid berkongsi nama bayi pertamanya yang baru dilahirkan pada malam Rabu lalu.

Mawar dan suaminya Raf Yaakob telah memilih Raden Muhammad Rafael sebagai nama anak mereka itu

Berita itu itu diumumkan Mawar di laman sosial Instagram miliknya.

“Assalamualaikum dan Salam Jumaat, MawaRaf nak kekalkan baby kami kepada semua.

“It’s a healthy 3.4 kg baby boy, we named him Raden Muhammad Rafael,” tulisnya.

Mawar berkahwin dengan Raf Yaakob adik kepada Datuk Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Sepanjang hamil, wanita berusia 24 tahun itu mengakui dia belajar mengaji al-Quran demi melancarkan bacaannya. – MalaysiaGazette