Thiaga Silva.

PARIS – Kapten Paris Saint-Germain (PSG) dari Brazil, Thiago Silva akhirnya diterima menjadi warganegara Perancis.

Menerusi Twitter miliknya, keputusan Silva itu memberi kelebihan kepada PSG untuk menambah skuad mereka dalam kalangan pemain bukan Eropah.

Silva tela beraksi dalam 274 perlawanan sejak menyertai juara bertahan Ligue 1 itu pada 2012 dan mempunyai 77 kap bersama Brazil.

“Hari ini saya, isteri saya, @Belle_Silva dan anak-anak saya Isago dan Iago telah menjadi rakyat Perancis. Ia adalah satu hari yang menggembirakan buat kami kerana kami sudah berada di Paris untuk enam setengah tahun dan kami merasakan ia sebagai rumah sendiri.

“Terima kasih kepada Perancis, sebuah negara yang menerima kami dengan sangat baik dan kami mempunyai pengalaman yang sukar untuk dilupakan. ‘Vive la France’,” kata pemain berusia 34 tahun itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast