Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Memejamkan mata di mahkamah dalam beberapa minit, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tindakan itu bukan sengaja untuk melengahkan prosiding pendengaran kes di mahkamah hari ini.

Dalam masa yang sama Ahli Parlimen Pekan itu ketika diminta mengulas lanjut ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, isu tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan.

“Saya menutup mata. Jangan besarkan isu itu.. Tidak tidak tidak (taktik lengahkan),” katanya kepada pemberita ketika ditanya laporan berita mengatakan beliau tidur di mahkamah hari ini dalam prosiding pendengaran kes di depan kesnya didengar di depan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

The Edge pagi tadi melaporkan seorang anggota polis terpaksa mengejutkan Najib yang didakwa terlena ketika kesnya didengar di depan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Najib sebelum ini mengemukakan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah larangan tehadap media dan orang ramai daripada membincangkan serta menerbitkan kenyataan mengenai merit kes SRC International Sdn Bhd.

Najib juga merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk mendapatkan beberapa dokumen mengenai kes itu, rayuan terhadap pelantikan Sulaiman Abdullah mengetuai pendakwaan dan rayuan mengenai sijil pindahan kes daripada mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi oleh pendakwaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast