Kelihatan Imam Masjid Negara, Muhammad Alif Jamal sedang meimamkan solat jenazah ghaib untuk 50 mangsa tragedi tembakan pengganas yang berlaku di dua masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu semasa tinjauan Malaysia Gazatte di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 22 MAC 2109

KUALA LUMPUR – Solat jenazah ghaib untuk jenazah saudara Muslim yang terkorban dalam kejadian tembakan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand diadakan di hampir semua masjid di seluruh negara hari ini.

Solat itu yang diadakan selepas umat Islam menunaikan solat Jumaat berlangsung dalam suasana hiba dan ratusan ribu jemaah mendoakan kesejahteraan roh mangsa-mangsa agar dicucuri rahmat Allah.

MGF22032019_SOLAT JENAZAH GHAIB02_1

Kelihatan seorang lelaki menaminkan doa kepada 50 mangsa tragedi tembakan pengganas yang berlaku di dua masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu semasa tinjauan Malaysia Gazatte di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 22 MAC 2109Di Masjid Ibn Khaldun, Pekan Sungai Besi di sini, khatib yang membaca khutbah mengajak jemaah agar mengambil ikhtibar dengan peristiwa hitam yang berlaku di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood, New Zealand Jumaat lalu.

Menurut khutbah itu, punca kejadian itu berlaku disebabkan salah faham orang bukan Muslim terhadap Islam.

“Marilah kita mengambil iktibar dengan peristiwa hitam yang berlaku di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood, Christchurch New Zealand baru-baru ini, yang berpunca daripada salah faham terhadap Islam.

“Sesungguhnya tindakan yang dilakukan oleh pengganas tersebut sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Sebagai Muslim yang saling bersaudara, inilah masanya kita menzahirkan keprihatinan, kebersamaan dan solidariti. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik peristiwa hitam ini,” menurut teks khutbah yang bertajuk Islam Agama Kedamaian.

MGF22032019_SOLAT JENAZAH GHAIB03_1
Jemaah mengaminkan doa yang dibacakan untuk 50 mangsa tragedi tembakan pengganas yang berlaku di dua masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu semasa tinjauan Malaysia Gazatte di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 22 MAC 2109

Sementara itu, Malaysia Gazette difahamkan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah ghaib di Masjid Ar-Rahman, Kampung Kerinchi, tengah hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang tiba di New Zealand awal pagi tadi waktu Malaysia sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Hagley Park South, Christchurch bersama masyarakat Muslim di sana.

Beliau yang mewakili kerajaan Malaysia berjumpa dengan wakil rasmi New Zealand dan duta Malaysia di sana, termasuk menyantuni warga Malaysia yang berada di Christchurch.- MalaysiaGazette