MADRID – Venezuela mengejutkan Argentina dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Wanda Metropolitani Madrid pagi tadi dengan menewaskan juara dua kali Piala Dunia Argentina 3-1.
Ia sekaligus mengecewakan Lionel Messi yang melakukan kemunculan semula bersama skuad kebangsaan selepas mengumumkan persaraannya sebelum ini.
Penyokong skuad Albiceleste menunggu selama 265 hari untuk menyaksikan bintang Barcelona itu beraksi semula selepas menggantung but akibat kekalahan pada Piala Dunia dia Rusia Julai 2018.
Bagaimanapun menjelang Copa Amerika, Ketua Jurulatih pasukan Scaloni berjaya memujuk Messi untuk kembali semula bersama pasukan kebangsaan.
Dalam aksi awal pagi tadi, Sergio Aguero, Mauro Icardi dan Gonzalo Higuain tidak disenaraikan dalam kebelasan utama menghadapi Venezuela.
Namun Venezuela menyebabkan Messi hilang keceriaan dengan keputusan mengejutkan itu.
Bek pertahanan Argentina yang goyah membantu penyerang Venezuela, Salomon Rondon menyumbat gol pertama.
Argentina akan terbang ke Maghribi pada Selasa ini untuk mengadakan perlawanan persahabatan terakhir sebelum kempen Copa Amerika. – MalaysiaGazette