Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bergambar kenangan dengan para pemain serta barisan jurulatih Pasukan Bola Sepak PDRM sewaktu mengadakan pertemuan bersama mereka di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – PDRM FC yang melalui proses pembaharuan menaruh harapan menjadi pasukan yang disegani dalam Liga Premier musim ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau difahamkan isu gaji dan jurulatih sudah diselesaikan dan yakin pasukan itu akan bangkit sebagai pasukan yang disegani.

“Harap pasukan semakin digeruni selepas ini dan mencapai maltamat menjadi juara liga premier kali ini sebab dah tetapkan standard tahap tinggi, kalau sasaran kita lebih tinggi maka kita akan capai kejayan lebih baik,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas sesi pertemuan bersama pemain dan pengurusan PDRM FC di Pulapol.

Pasukan tersebut dkendalikan E. Elavarasan.

Menurutnya, beliau bukan pakar bola sepak tetapi pernah menerajui jawatan presiden bola sepak Johor yaaang menjuarai Piala FA dalam sembilan tahun lalu.

“Setakat difahamkan bahawa dalam enam perawanan 1 seri 5 kalah.. cukuplah…selepas ini saya akan ikuti kemajuan anda selepas ini tetapi yang penting ialah semangat sepasukan.

“Kalau kurang disiplin tidak boleh jadi pasukan mantap maka saya harap anda dapat menyusun strategi latihan dan bolehkan kita menonjolkan pasukan yang dihormati dan digeruni lawan kita dalam pentas liga nanti,” tegasnya.

Dalam pada itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjelaskan, pihaknya sedang melakukan pembaharuan dalam PDRM FC.

Menurutnya, Elavarasan merupakan salah seorang jurulatih terbaik bola sepak di negara ini.

“Tak silap saya dia pernah membimbing pasukan Kuala Lumpur dan Selangor dan PDRM pasti memilih calon yang memenuhi kriteria yang dikehendaki,” tegansnya.

Elavarasan yang merupakan bekas pengendali PKNS FC dan Melaka United menggantikan Kamarul Ariffin Mohd Shahar.

PDRM dibawah kendalian Kamarul telah tewas lima perlawanan dan seri satu dalam aksi Liga Premier 2019 setakat ini.

Awal Mac ini PDRM FC tewas 0-1 kepada UKM FC di Stadium Perbandaran Selayang.- MalaysiaGazette