Pemimpin UMNO Selangor
Seorang pemimpin UMNO mempersoalkan tindakan sebuah mahkamah di Ampang meneruskan prosiding tanpa kehadiran orang kena tuduh dan peguam pula dikenakan sapina.

SHAH ALAM – Pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden hari ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan meminta rasuah berjumlah RM1.5 juta sebagai  dorongan bagi menyelesaikan kes dadah Viktor Goh.

Gan Chee Liang, 36, ketika dibacakan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam didakwa bertindak demikian pada 10 Mac 2017 jam 11 pagi di bilik Lokap Berpusat Polis Shah Alam. 

Kesalahan tersebut tertakluk di bawah Sesyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  2009.

Hakim Rozilah Salleh kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua orang penjamin tanpa syarat.

Jika disabit kesalahan, Gan, 36 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan jika dapat dinilai atau RM10,000 mengikut  mana-mana lebih tinggi.

Terdahulu Pegawai Pendakwa SPRM, Wan Ahmad Nidzam Wan Omar mencadangkan ikat jamin sebanyak RM100,000. 

Namun peguamnya, Choong Kak Sen memohon hakim tidak mengenakan jaminan terhadap anak guamnya kerana semalam Gan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menghadapi empat pertuduhan.

Tertuduh telah dikenakan RM20,000 untuk setiap pertuduhan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM berdekatan pada minggu pertama setiap bulan sehingga kesnya selesai.

Peguam Kak Sen juga berkata, salah satu pertuduhan yang dihadapkan terhadap anak guamnya semalam merupakan kejadian yang sama dengan yang dituduh pada hari ini.

“Di Kuala Lumpur dituduh menerima di Shah Alam dituduh meminta,” katanya.

Untuk rekod, Gan semalam dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima rasuah wang berjumlah RM1.35 juta dari dua individu sebagai balasan menyelesaikan kes pengedaran dadah pada dua tahun lalu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast