Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ayer Hitam terkejut apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri baharu hendak menyiasat secara terperinci ke atas syarikat-syarikat yang telah menerima lesen import (AP) bahawa selepas pelantikan sudah dibuat.

“Sudah bagi hadiah, baru nak sahkan pemenang?, soal Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menurutnya, sepatutnya kementerian itu melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum AP diserahkan kepada para penerima.

“Periksalah dulu baru bagi,” ujarnya yang mengulas kenyataan Ong Kian Ming, Timbalan Menteri MITI yang memaklumkan siasatan terperinci akan dijalankan ke atas syarikat AP terbuka baharu yang dilantik bagi memastikan syarat-syarat kelayakan memohon masih dipatuhi.

Kian Ming berkata, selepas kenyataan MITI dikeluarkan pada 13 dan 14 Mac 2019, beberapa aduan dan laporan telah diterima oleh MITI bahawa terdapat syarikat-syaraikat baharu ini yang tidak mematuhi syarat-syarat tersebut seperti tidak mempunyai keupayaan kewangan dan tiada pengalaman dalam penjualan dan pengedaran kenderaaan.

Di samping itu, terdapat juga aduan bahawa syarikat-syarikat ini telah mempunyai perancangan untuk menjual AP yang diperuntukan kepada pihak ketiga.

Susulan daripada aduan-aduan yang diterima, MITI akan melaksanakan penyemakan maklumat terkini daripada syarikat-syarikat berkenaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. yang lulus AP itu zaman umno. patutlah zaman bertukar diadakan siasatan . sebab dishaki kerajaan penipu akan menipu seluruh sistemnya.

Comments are closed.