Home Nasional Istana Negara umum nama rasmi Agong, Permaisuri

Istana Negara umum nama rasmi Agong, Permaisuri

Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandar Sultan Iskandar. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 11 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong adalah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.