KUALA LUMPUR – Pelakon, Rita Rudaini mendedahkan kehidupannya bergelar seorang ibu tunggal kepada dua orang anak bukan sesuatu yang mudah.
Menerusi di Instagram miliknya, Rita berkongsi cabaran yang dihadapinya termasuk tidak mempunyai masa untuk diri sendiri lantaran harus memberi keutamaan sepenuhnya kepada dua permata hatinya – Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjunam 8.
“24 jam berfikir tanpa ada masa untuk fikir pasal diri sendiri tanpa ada masa untuk rest untuk diri sendiri, nak beli itu ini untuk hadiah diri sendiri pun saya tak pernah fikir lagi sejak ada dua nyawa lagi dalam hidup saya,” luah Rita.
Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan anak-anak Rita hasil perkahwinan dengan pemain bola sepak terkenal, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Rita, 43, dan Aidil, 32, berkahwin pada tahun 2008 namun bercerai lima tahun kemudian. – MalaysiaGazette