Dewan Rakyat
Ong Kian Ming

KUALA LUMPUR- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menjalankan siasatan terperinci ke atas syarikat-syarikat AP Terbuka yang baharu dilantik bagi memastikan kesemuanya memenuhi syarat kelayakan Dasar Baharu AP Terbuka.

Timbalan Menterinya, Dr. Ong Kian Ming berkata, MITI telah menerima beberapa aduan dan laporan yang mengatakan terdapat syarikat-syarikat baharu  tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

Antaranya tidak mempunyai keupayaan kewangan dan tiada pengalaman dalam penjualan dan pengedaran kenderaan.

“Di samping itu, terdapat juga aduan bahawa syarikat-syarikat ini telah mempunyai perancangan untuk menjual AP yang diperuntukan kepada pihak ketiga.

“Susulan daripada aduan-aduan yang diterima, MITI akan melaksanakan penyemakan maklumat terkini daripada syarikat-syarikat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara perkara yang bakal disiasat adalah Memorandum and Articles of Association, Maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia termasuk maklumat kewangan utama, penyata kewangan bagi tahun 2015 hingga 2018, slip pengisytiharan dan bayaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri pada tahun 2016 hingga 2018, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi Januari hingga Mac 2019 dan Lesen Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2017 hingga 2019.

“Semua dokumen yang dinyatakan di atas perlu dikemukakan kepada MITI dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh surat MITI dikeluarkan.

“Kegagalan syarikat untuk memberi kerjasama dan mengemukakan dokumen tersebut dalam tempoh yang ditetapkan boleh menjejaskan sebarang permohonan AP oleh syarikat-syarikat ini di masa hadapan,” tegasnya.

Tambah Kian Ming, siasatan juga akan dilaksanakan melalui audit berperingkat ke atas syarikat sedia ada bagi memastikan syarat-syarat sebagai syarikat AP Terbuka di bawah dasar baharu telah dipatuhi.- MalaysiaGazette

SENARAI 36 SYARIKAT AP TERBUKA BAHARU DI BAWAH DASAR BAHARU AP TERBUKA

(TARIKH KUATKUASA 1 JANUARI 2019)

 

 

BIL

 

SYARIKAT

KATEGORI AP
KENDERAAN PENUMPANG MOTOSIKAL
1. Ameran Motor Sdn. Bhd.

/

2. Aspirasi Utara Sdn. Bhd.

/

/

3. Bayangan Dinamik Sdn. Bhd.

/

4. Bumi Muhibah Motors Sdn. Bhd.

/

5. D One Motorsports Sdn. Bhd.

/

/

6. Dee Z One Auto Sdn. Bhd.

/

7. Erakars Sdn. Bhd.

/

/

8. Farekna Auto Sdn. Bhd.

/

9. Faresh Motor M Sdn. Bhd.

/

10. Go Daddy Motorsports Autotrade Sdn. Bhd.

/

/

11. Greater Tampin Sdn. Bhd.

/

/

12. Immonaaz Sdn. Bhd.

/

/

13. Ingress Auto Sdn. Bhd.

/

14. Izuwan Automobile Sdn. Bhd.

/

15. JLA Motorsport Sdn. Bhd.

/

/

16. Kuala Lumpur & Temasek Enterprise Sdn. Bhd.

/

17. MJ Motors Sdn. Bhd. 2          /

/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast