Dorchester Collection di United Kingdom

FLORIDA – Aktor Hollywood, George Clooney meminta orang ramai memboikot sembilan hotel yang ada kaitan dengan Brunei selepas negara itu akan mengenakan hukuman bunuh bagi kesalahan seks gay dan zina.

Brunei baru-baru ini mengumumkan bakal melaksanakan hukuman sebat atau rejam mulai 3 April bagi kesalahan homoseksual.

Pada tahun 2014, Brunei menjadi negara Asia Timur pertama yang mengamalkan undang-undang syariah Islam walaupun dikecam meluas.

Clooney berkata, undang-undang baharu itu merupakan “pelanggaran hak asasi manusia”.

“Kita melihat dunia kembali ke autoritarianisme ini. Brunei adalah negara Monarki dan sudah pasti langkah boikot akan memberi sedikit kesan kepada perubahan undang-undang ini,” katanya.

“Tetapi adakah kita benar-benar akan membantu menyokong pelanggaran hak asasi manusia ini?,” pelakon itu menulis dalam ruangan laman web hiburan Deadline.

Beliau berkata, hotel Dorchester Collection di Amerika, United Kingdom, Perancis dan Itali, yang dimiliki oleh agensi pelaburan Brunei perlu diboikot.

Brunei diperintah oleh Sultan Hassanal Bolkiah, kaya dengan sumber minyak dan gas.

Selain memiliki Dorchester di London, agensi pelaburan Brunei juga memiliki Hotel Beverly Hills di Los Angeles. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast