Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat krisis Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR –  Pusat pemprosesan khusus baharu (CIQ) di terminal dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, klia2, kini hampir siap 70 peratus dan berada pada kedudukan yang baik untuk beroperasi sepenuhnya menjelang bulan depan.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, kemudahan itu akan membantu krew pelepasan syarikat penerbangan rakannya, terutama AirAsia, mengoptimumkan prosedur mereka bagi mencapai prestasi masa yang lebih baik.

Berdasarkan unjuran kecekapan yang boleh ditawarkan oleh CIQ kepada syarikat penebangan, penumpang dapat menikmati laluan baharu dan peningkatan kekerapan penerbangan, katanya.

Raja Azmi berkata AirAsia, yang menunggu penyiapan CIQ, melancarkan perkhidmatan baharu ke Fukuoka dan Chiang Rai awal tahun ini.

“Rakan kami di AirAsia mengendalikan lebih 85,000 penerbangan keluar di klia2 tahun lepas yang itu peningkatan sebanyak 9.9 peratus berbanding 2017.

“Bagi 2019, prestasi setakat ini menyaksikan 14,000 penerbangan keluar, juga merupakan peningkatan 1.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018. Oleh itu kami yakin CIQ baharu akan memberi perkhidmatan yang baik kepada syarikat penerbangan kita,” katanya.

Tahun lepas, klia2 memberi perkhidmatan kepada 31.9 juta penumpang, meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun. Ia juga menerima dua syarikat penerbangan baharu, lines, Indigo Airlines dan Citilink Indonesia.

CIQ merupakan usaha sama tiga pihak antara MAHB, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kemudahan itu dilengkapi proses bersepadu bagi memudahkan pelepasan krew penerbangan ke pintu masuk pesawat selain meningkatkan ketepatan masa yang akan menggalakkan masa pelepasan pesawat yang lebih cepat.  – MalaysiaGazette