Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR- Malaysia mengutuk keganasan dan penggunaan ketenteraan yang melampau oleh Israel di Gaza sehingga menyebabkan kematian empat remaja Palestin, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kami teguh memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang terus ditindas dan dianiaya di tanah air sendiri oleh rejim Tel Aviv.

“Kami sekali lagi mengulangi pendirian bahawa rakyat Palestin berhak untuk mengadakan perhimpunan bagi memperingati insiden Great March of Return yang diadakan pada 30 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohamed Azmin, Israel telah menggunakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata kepada rakyat Palestin yang tidak mampu mempertahankan diri.

Ini jelasnya, adalah sesuatu yang melanggar undang-undang antarabangsa.- MalaysiaGazette