TERKINI : ISU LYNAS! Kenapa Tidak Boleh Campur Tangan? – Redzuan

PETALING JAYA – “Kenapa pula saya tak boleh campur tangan? Saya ahli Jemaah Menteri, saya tahu apa yang diputuskan oleh Kabinet. Dia (Fuziah Salleh) bukan ahli Jemaah menteri.

Demikian tegas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md. Yusof menjawab kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berhubung Lynas Corporation.
Beliau menyangkal dakwaan Fuziah kononna kenyataannya mengenai isu Lynas itu semalam sebagai pandangan peribadi, bukan keputusan Kabinet.

“Saya baru habis Mesyuarat Kabinet petang ini, mesyuarat itu sepatutnya dijadualkan Jumaat ini di Langkawi, tapi diadakan hari ini.