Nursyafiqa Kamaruddin.

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan UTC Melaka, Nursyafiqa Kamaruddin didakwa hilang sejak 1 April lalu.

Kakaknya, Nuraishah Kamaruddin berkata, kehilangan adiknya berusia 23 tahun itu membimbangkan keluarga mereka.

“Dia keluar rumah pukul 7 pagi pada Isnin lepas menaiki kereta Kancil berwarna biru ke tempat kerja tetapi sehingga hari ini dia masih belum balik,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

menurut Nuraishah, lokasi terakhir adiknya di UTC Melaka dan keretanya masih di parkir.

“Kali terakhir dia (Nursyafiqa) berbaju kurung, beg tangan, beg bimbit dan berkasut tinggi coklat.

“Kami tidak dapat menghubungi beliau dan sangat risau keselamatannya,” katanya sambil menambah laporan polis sudah dibuat semalam.

Tambah lagi, katanya, dalam keadaan ayah dan ibu mereka kini sedang sakit di Kampung Bukit Larang, Telok Mas, Melaka.

Menurut Nuraishah, ditanya apa kemungkinan adiknya menghilangkan diri, beliau mengandaikan Nursyafiqa mungkin merajuk.

“Sebelum itu, dia (Nursyafiqa) kena marah oleh keluarga, perkara biasalah. Mungkin dia merajuk,” ujarnya.

Lebih membimbangkan, rakan sepejabat, rakan-rakan rapat dan saudara maranya juga tidak mengetahui di mana Nursyafiqa berada.

Justeru, Nuraishah meminta bantuan orang ramai dan boleh menghubunginya di taliannya 013-600 12073 atau Nazim (011-199025482) atau Rasul (019- 622 5105).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast