Dr. Mahathir Mohamad

PETALING JAYA – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) perlu mengemukakan bukti yang mendakwa polis terlibat dalam ‘kehilangan’ pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak tahu menahu mengenai dakwaan itu.

“Tapi kena ingat, kejadian itu berlaku semasa kami, ia kerajaan dahulu, dulu memang disorokkan daripada kami,” ujarnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) petang tadi.

Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata demikian menjawab kenyataan Suhakam yang paderi Kristian dan aktivis Pertubuhan Kebajikan Harapan Negeri Perlis diculik oleh pasukan PDRM semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, di Parlimen, bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Suhakam dan mahu suruhanjaya itu melakukan siasatan secara profesional.

Selain itu, kepada satu soalan, Mahathir sekali lagi menegaskan apabila beliau bersara, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap mengantikannya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/03/zahid-nafi-pernah-arah-polis-culik-amri-raymond/