Dr. Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu-isu melibatkan Tabung Haji esok.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, setiap kenyataan perlu dibuat secara berhati-hati kerana setiap perkara akan melibatkan individu yang berniat untuk menunaikan haji.

“Tabung Haji akan dibincangkan secara terperinci di Kabinet (esok) sebab ada banyak perkara yang saya tidak mahu tersalah.

“Sebab itu saya tidak mahu menjawab hari ini. Saya harus berhati-hati dalam hal ini ia akan memberi kesan terhadap penglibatan rakyat yang berniat untuk menunaikan haji,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

Justeru itu, ujarnya, kerajaan memilih untuk tidak menjawab tuduhan melibatkan Tabung Haji, termasuk penjualan asetnya kerana fakta sebenar perlu dirujuk terlebih dahulu.

“Banyak orang buat tuduhan, mereka tak tahu asas benar atau tidak, bagi kerajaan kita terpaksa meneliti secara terperinci dengan fakta yang sebenar, baru kita boleh bercakap sebab itu kadang-kadang kita tak jawab tuduhan,” tambahnya.

Terdahulu menerusi sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Mahathir berkata, bayaran hibah bagi 2018 kepada 9.3 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibayar dalam tempoh terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast