Datuk Seri Ronald Kiandee. foto FAREEZ FADZIL, 16 OGOS 2018
Ronald Kiandee

KUALA LUMPUR – Kehilangan bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diketahui tidak lama lagi.

Ini kerana, siasatan berhubung bayaran balik itu hampir selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, prosiding terakhir siasatan itu akan dijalankan Isnin depan.

“Jabatan Audit Negara akan menyediakan ringkasan dalam dapatan terkini berhubung bayaran itu.

Kehilangan bayaran balik GST itu telah didedahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Mei tahun lalu.

Guan Eng mendakwa kira-kira RM18 bilion daripada RM19.4 bilion di bawah sistem percukaian itu sejak tahun 2015 telah hilang.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, dana itu tidak hilang tetapi berada dalam Akaun Disatukan

Jabatan Kastam memberitahu, pihaknya telah meminta sejumlah RM82.9 biluon daripada Dana Amanah bagi bayaran balik GST dari 1 April 2015 hingga 31 Mei 2018 tetapi jumlah yang dipindahkan dari Akaun Yang Disatukan tidak mencukupi.

Sehingga 31 Mei 2018, masih terdapat kekurangan sebanyak RM19.4 bilion.

Sebanyak RM30 bilion dividen khas yang diserahkan oleh Petronas kepada kerajaan digunakan untuk bayaran balik GST. – MalaysiaGazette