Le Tour de Langkawi (LTdL)
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Persimpangan Bertingkat Simpang Ampat di KM217 Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara antara 2pm ke 4pm pada Ahad (7 April) bagi memberikan laluan kepada Le Tour de Langkawi (LTdL) yang akan melalui Jalan Persekutuan 1 Alor Gajah-Melaka.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, kenderaan dari Seremban/Kuala Lumpur menghala ke Alor Gajah atau Tampin adalah dinasihatkan keluar daripada lebuh raya melalui Plaza Tol Pedas Linggi.

Kenderaan dari Selatan (Johor) menghala ke Alor Gajah atau Tampin pula dinasihatkan keluar daripada lebuh raya melalui Plaza Tol Ayer Keroh.

Pemandu dinasihatkan merancang perjalanan mereka, dan menggunakan aplikasi seperti Waze dan Google Map dan ikuti Twitter@plustrafik atau hubungi PLUSLine di 1800 88 0000 bagi mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS.

— BERNAMA