Penyanyi, Roy Razuan antara sekumpulan artis yang diberi peluang menyanyi di The Garden Palace @ Dsaji Titiwangsa.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Roy Razuan antara sekumpulan artis yang diberi peluang menyanyi di The Garden Palace @ Dsaji Titiwangsa.

Penyanyi itu sebelum itu terpaksa menyanyi di perkarangan Aeon Mall Setiawangsa selepas semakin kurang mendapat jemputan.

Bagi Roy atau nama sebenarnya Mohammed Rauzan Alwi – beliau menyanyi di jalanan bagi meneruskan survival hidup dan bakatnya.

Kali ini, Roy diberi peluang apabila oleh Garden Palace untuk membuat mini showcase untuk peminat setia mereka.

Felda Dsaji baru-baru ini melancarkan Garden Palace @ DSaji Titiwangsa yang bertemakan flora dan fauna akan menjadi tempat acara di mana tetamu boleh menjamu selera dan menikmati hiburan secara langsung pada masa yang sama.

“Tetamu boleh menjamu selera mereka dengan makanan dan minuman halal sambil menikmati persembahan oleh artis artis berlainan setiap malam,” katanya dalam satu kenyataan.

WhatsApp Image 2019-04-03 at 9.03.32 PM

Menurut kenyataan itu, setiap bulan, Garden Palace akan memberi peluang kepada sekurang-kurangnya 15 artis berlainan untuk membuat persembahan.

Satu daripada tujuan siri mini showcase itu diadakan adalah untuk memberikan platform kepada artis untuk menjana pendapatan yang lebih.

Bermula daripada 20 April ini, artis-artis yang akan membuat persembahan di Garden Palace adalah;

  1. Bimasakti (band) – 20. April, 2019
  2. Roy Rauzan (Kau Ratnaku) – 21 April, 2019
  3. Thalia Mentor – 22. April, 2019
  4. Toy Nizam – 23. April, 2019
  5. Azura Aziz – 24. April, 2019
  6. Kool – 25 April, 2019
  7. Salamiah Hassan – 26. April, 2019
  8. Atilia – 27. April, 2019
  9. Shakila “Bigo” -28 April, 2019
  10. Fatin Husna – 29. April, 2019
  11. Syria Care – 30 April, 2019
  12. Raihan – 1 May, 2019

Siri mini showcase “Up Close & Personal with..“ akan bermula setiap malam dari jam 7.00 malam dengan hidangan makan malam.

Setiap artis akan mula persembahan mereka pada pukul 8.45 malam dengan dua segmen selama 45 minit.

Selepas persembahan, mereka akan beramah mesra dengan pembeli tiket Meet & Greet.

Tiket-tiket untuk siri mini showcase itu berharga RM300 (VIP Meet & Greet), RM230 (Platinum), RM180 (Gold), RM130 (Silver), RM80 (Bronze – tanpa makan malam).

Tiket boleh dibeli melalui WhatsApp (Ticket Hotline): +60 111 695 0047 atau online: MyTicket.Asia atau di atas kaunter Garden Palace@ D’Saji, Titiwangsa Kuala Lumpur.

Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak yang akan datang. bermula daripada 6 Mei pula, kumpulan nasyid terkenal Rabbani dan Raihan akan membuat persembahan di Garden Palace & D’Saji Titiwangsa Kuala Lumpur.

D’Saji menawarkan harga pakej istimewa Bufet Ramadan iaitu RM79 seorang.

Untuk keterangan lanjut atau tempahan awal, pelanggan boleh menghubungi 03-4021 0098 atau emel ke [email protected]

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/01/26/kisah-ketabahan-roy-dari-penyanyi-istana-ke-penyanyi-jalanan/