TERKINI : Lokap Saya Ada Kosong? – Anwar Ibrahim

SEREMBAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nada berseloroh dan sinis meminta supaya lokap yang pernah dihuni beliau di Penjara Sungai Buloh dibersihkan selepas ini.

Kata Presiden PKR itu dengan nada itu kerana berkemungkinan ia akan menerima penghuni baharu tidak lama lagi.

Ahli Parlimen itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya dengan menjelaskan itu keputusan yang akan dibuat mahkamah bukan beliau.