Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Presiden MCA hairan Negeri Sembilan yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia telah terangkum dalam negeri-negeri Pantai Timur.

Ia susulan pendedahhan Lim Guan Eng yang memaklumkan projek rel Pantai Timur (ECRL) akan diubah laluannya dan melalui Negeri Sembilan.

“Dari pengumuman itu, ramai telah membayangkan pelan lokasi terkini ECRL seperti yang dilampirkan.

No photo description available.
FB: Wee Ka Siong

“Sungguh ajaib, Negeri Sembilan yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia (west coast) pun terangkum di dalam negeri-negeri Pantai Timur (east coast).

“Adakah selepas ini nama akan ditukar kepada “East and West Coast Rail Link” (EWCRL)?.

“Apo nak dikato”?,” katanya sambil menyindir yang mengucapkan terima kasih Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Rantau. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/06/guan-eng-bayangkan-berita-gembira-ecrl-untuk-penduduk-n-sembilan/