G. Gnanaraja

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan seorang ahli perniagaan, G. Gnanaraja berhubung siasatan pengubahan wang haram setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Penahanan itu dibuat pada kira-kira pukul 11.40 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Susulan itu, Gnanaraja akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Gnanaraja akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 April 2019, pukul 8.30 pagi untuk pertuduhan tersebut. – MalaysiaGazette