KUALA LUMPUR – Saintis di United Kingdom dan Malaysia telah menemui pokok tropika tertimggi di dunia dengan ketinggian 100 meter (328 kaki).
Meranti kuning yang tinggi itu ditemui di hutan hujan Borneo oleh pasukan dari University of Nottingham tahun lepas.
Penyelidik dari University of Oxford kemudian menjalankan imbasan 3D dan penerbangan dron untuk mengesahkan rekod.
Pokok yang terdapat di Kawasan Konservasi Lembah Danum di Sabah, dinamakan Menara.
Seorang individu, Unding Jami, yang memanjat pokok itu untuk mengukurnya berkata, pendakiannya “menakutkan dan berangin”.
“Pandangan dari bahagian atas adalah luar biasa, saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan selain itu, sangat, sangat hebat,” katanya.
Dr Doreen Boyd, dari University of Nottingham berkata, penemuan itu adalah kunci kerana “ilmu pengetahuan memberitahu kita bahawa pokok-pokok ini wujud, ia mencapai ketinggian yang mungkin kita tidak pernah dijangka dan akan ada pokok-pokok tinggi lain di luar sana yang belum ditemui lagi “.
“Ia memberitahu kita bahawa kita perlu melindungi pokok ini,” katanya.
Dr Alexander Shenkin, dari University of Oxford berkata, selepas mendengar tentang penemuan University of Nottingham telah memulakan perjalanan tiga jam “meredah” ke Menara.
Beliau berkata: “Saya telah melihat apa yang saya fikir tentang pokok tinggi, tetapi ketika saya berjalan ke pokok gergasi ini, kepala saya terus memandang ke aras, sehingga saya dapat melihat puncaknya.
“Saya tidak pernah melihat pokok setinggi ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette