Pemain perseorangan China, Lin Dan menewaskan pemain perseorangan senegara, Chen Long dengan keputusan 9-21, 21-17, 21-11 pada perlawanan akhir, hari keenam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil. foto NOOREEZA HASHIM, 07 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Juara dunia lima kali dari China, Lin Dan membuktikan dia masih berbisa selepas menundukkan rakan senegaranya, Chen Long di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Kejayaan Lin Dan merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali kedua membolehkan pemain berusia 34 tahun itu membawa pulang hadiah berjumlah AS$49,000 (RM200,417).

Aksi final menyaksikan kebangkitan Lin Dan yang kini ranking ke-13 dunia selepas tewas pada set pertama 9-21 sebelum meraih kemenangan 21-17, 21-11.

MGF07042019_BADMINTON MALAYSIA OPEN40
Lin Dan diiringi pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei ketika penyampaian hadiah pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil. foto NOOREEZA HASHIM, 07 APRIL 2019.

Lebih manis, majlis penyampaian hadiah kepada Lin Dan dan Chen Long disempurnakan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei terpaksa menarik diri daripada kejohanan Terbuka Malaysia selepas menerima nasihat daripada doktor yang merawatnya. – MalaysiaGazette