Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap kepada media sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di BN Command Centre, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 08 APRIL 2019

RANTAU – Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar mengenai kedudukan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dibalas sinis beliau.

Menurut Mohamad, Anwar mungkin mengintai posisi tertinggi parti tunjang Barisan Nasional (BN) kerana secara tiba-tiba ingin mengambil tahu mengenai UMNO.

“Saya rasa dia (Anwar Ibrahim) nak kita simpan tempat (jawatan presiden UMNO) untuk dia,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan BN di Rantau, hari ini.

Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu kemudiannya menambah, kenyataan itu hanya gurauan beliau.

“Tak ada lah gurau je,” katanya sambil disambut ketawa para media.

Ahli Parlimen Port Dickson itu semalam membuat kenyataan bahawa Mohamad tidak akan memegang jawatan Presiden UMNO susulan banyak pihak yang bertanya kepadanya bagaimana cara untuk melawan Mohamad.

“Itu telahan saya. Pemahaman politik saya. Saya dalam UMNO pun lama. Saya (pernah jadi) timbalan presiden dan pemangku presiden (UMNO),” kata Anwar di Kampung Sega Hilir, Rantau semalam.

Buat masa ini, Mohamad menjalankan tugas Presiden UMNO selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil pendekatan untuk bercuti ekoran pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah di mahkamah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast