Seorang anggota polis menjaga keselamatan pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pengkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 09 APRIL 2019.

SEREMBAN – Seramai 36 anggota keselamatan polis akan mengundi pada hari ini di Balai Polis Rantau, pekan Rantau.

Proses mengundi bermula tepat 8 pagi tadi di Balai Polis Rantau selepas persiapan dibuat sejak semalam.

Hanya satu saluran peti undi telah dibuka untuk 36 anggota polis dari balai berkenaan untuk menjalankan kewajiban mereka.

Ada beberapa anggota daripadanya yang sedang bertugas di Balai Polis Kuala Sawah tetapi masih berdaftar dengan Balai Polis Rantau akan hadir mengundi di sini.

Proses pengundian awal akan ditamatkan tepat pukul 12 tengahari ini.

MGF09042019_UNDI AWAL PRK RANTAU_06
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan akhir pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pengkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 09 APRIL 2019

Cuaca pagi di pekan Rantau ketika inj mendung selepas hujan lebat melanda DUN berkenaan pada malam tadi.

Calon Pakatan Harapan, Dr S.Streram tiba ke Balai Polis Rantau tepat 7.55 pagi tadi sebelum memantau saluran mengundi di balai polis tersebut.

Bagi 15 minit pertama lima anggota keselamatan polis telah selesai menjalankan tanggungjawab mereka.

Manakala Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan hadir sekitar 8.17 pagi sebelum terserempak dengan Streram dan memantau proses perjalanan undi awal di balai polis tersebut.

“Saya ucap terima kasih banyak-banyak dari segi persiapan pemantauan oleh pihak SPR  nampakmya amat amat baik.

“Semuanya ada pemantau, selain ada pegawai pegawai dia sendiri yang datang.

“Kita harap pembuangan undi awal ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirangka,” katanya sebelum meninggalkan tempat undi awal ke Kem Tentera di Sendayan.

Dalam pada itu, Dr Streram juga sangat berpuas hati dengan persediaan SPR.

Pilihan Raya Kecil DUN Rantau kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Tok Mad, Streram serta dua calon bebas iaitu bekas pensyarah Kolej Perguruan Raja Melewar, Mohd Noor Yassin, 66, dan R.Malar.

IMG-20190409-WA0010

Seramai 114 orang anggota keselamatan tentera dan pasangan masing-masing termasuk 36 polis akan melaksanakan tanggungjawab undi awal hari ini.

Secara keseluruhannya 20926 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK Rantau kali ini dengan 114 daripadanya pengundi awal melibatkan anggota keselamatan manakala 8 orang lagi mengundi secara pos.

PRK kali ini diadakan selepas selepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Februari lalu menolak rayuan Mohamad yang mahu mengenepilan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang telah mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding beliau sebagai ADUN Rantau pada 28 April 2018 bersempena PRU14 lalu.- MalaysiaGazette