Indonesia sedang bekerjasama dengan Thailand, Filipina dan Malaysia untuk menggunakan matawang tempatan bagi transaksi perdagangan dua hala.
Indonesia sedang bekerjasama dengan Thailand, Filipina dan Malaysia untuk menggunakan matawang tempatan bagi transaksi perdagangan dua hala.

JAKARTA – Bank Indonesia (BI) mencadangkan penggunaan matawang tempatan bagi transaksi perdagangan antara negara-negara ASEAN dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

Kini indonesia sedang bekerjasama dengan tiga negara ASEAN, iaitu Thailand, Filipina dan Malaysia, berhubung Penjelasan Matawang Tempatan (Local Currency Settlement – LCS) untuk penggunaan matawang tempatan untuk transaksi perdagangan dua hala.

Perluasan penggunaan matawang tempatan dalan anggota ASEAN telah digariskan dalam draf Prinsip Panduan ASEAN berhubung rangka kerja LCS yang disediakan BI, dan akan dibincangkan Jawatankuasa Kerja Liberalisasi Akaun Modal pada tahun ini.

“Jika kita guna matawang tempatan, tidak terdapat kesan ketara pada transaksi di rantau ini berikutan aliran keluar modal dari negara ASEAN, ” kata Pengarah Jabatan Antarabansga BI, Wahyu Pratomo seperti dipetik The Jakarta Post.

Beliau menambah, BI telah menghantar draf itu pada Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan dan Gabenrr Bank Pusat ASEAN di Chiang Rai, Thailand baru-baru ini.

Wahyu berkata, jika 10 anggota ASEAN bersetuju dengan draf tersebut, ia boleh diluluskan semasa Mesyuarat Gabenor Bank Pusat ASEAN di Vietnam pada April tahun depan.

“Indonesia boleh bertindak sebagai pemimpin LCS di rantau ini,” katanya.

Kini penggunaan matawang tempatan di ASEAN tidak begitu ketara.

Sebagai contoh, penggunaan Baht untuk transaksi antara Indonesia dan Thailand berjumlah AS$13 juta pada suku pertama tahun ini atau 0.01 peratus jumlah perdagangan antara kedua-dua negara sebanyak AS$2.46 bilion untuk tempoh Januari dan Februari lalu.

Penggunaan Ringgit dalam perdagangan dua hala antara Indonesia dan Malaysia berjumlah AS$70 juta atau 0.03 peratus jumlah perdagangan antara kedua-dua negara yang bernilai AS$2.12 bilion untuk dua bulan pertama tahun ini. – Agensi