Khairul Azam Abdul Aziz
Khairul Azam Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Latheefa Koya dianggap silap menafsir kenyataan Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam isu Statut Rom.

Peguam, Mohd. Khairul Azam berkata, TMJ dalam ciapannya tidak langsung bertanyakan mengenai perlunya undang-undang kalau kesalahan masih berlaku.

“Jadi kesilapan penterjemahan Latheefa membawa impak mereka yang terpaksa memberi pendapat yang kelihatan bodoh hasil dari kesilapan memahami teet berbahasa Inggeris yang digunakan oleh TMJ,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Khairul, maksud tweet TMJ itu bukan ‘kita tak memerlukan undang-undang antarabangsa tetapi TMJ mempersoalkan keberkesanan undang-undnag tersebut yang menyebabkan penindasan masih berlaku di Palestin.

“Bermaksud juga TMJ mempersoalkan keberkesanan undang-undang antarabangsa tersebut bukan berkaitan kewujudannya,” katanya lagi.

Oleh itu, menurutnya, apabila Latheefa bercakap tentang mahu membuang undang-undang jalan raya sebab masih berlaku kemalangan adalah tafsiran bodoh dan penuh kebencian terhadap seorg raja.

“Jadi, peguam Latheefa yang tak cerdik dan tak matang bukannya TMJ,” tegasnya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Latheefa bidas TMJ isu Statut Rom

 

1 Komen

Comments are closed.