KUALA LUMPUR – Selepas warganet menegur kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung projek rel Pantai Timur (ECRL), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga membuat kritikan sama.

Tanya beliau: “Kenapa Tun Daim berunding dengan pihak Taiwan mengenai ECRL.

Ini kerana, kenyataan PMO menyebut Republic of China, bermaksud Taiwan, People’s Republic of China barulah merujuk kepada Negara China.

Presiden MCA itu berkata, kontraktor utama projek itu iaitu China Communication Construction Co Ltd (CCCC) adalah sebuah syarikat gergasi Negara China bukan Taiwan.

“PMO sepatutnya faham “One China Policy”, Republic of China berbeza dengan People’s Republic of China.

“PMO mana boleh buat silap sebegini?,” katanya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/12/ecrl-warganet-tegur-kesalahan-kenyataan-media-pmo/