Mohamad Ariff Md Yusof

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar masyarakat negara ini tidak mempunyai kefahaman yang mendalam tentangnya tentang  Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof berkata, sepatutnya konvensyen antarabangsa itu perlu difahami dan diperjelaskan.

Jelas beliau, masalah yang dihadapi ketika ini apabila mereka tiada kefahaman yang tepat.

“Apa-apa konvensyen antarabangsa semua orang patut ada kefahaman yang betul. Sebahagiannya tiada kefahaman yang tepat.

“Sebaik-baiknya ada jawatankuasa di Parlimen mengenai hubungan antarabangsa yang bincang sehalus-halusnya apakah sebenar undang-undang antarabangsa supaya ahli parlimen tahu apa sebenarnya undang-undang itu.

“Kita perlu tubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa
dan menambahnya kerana setakat ini ada enam jawatankuasa agar orang lebih faham,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucaptama sempena pelancaran Konvensyen Terralex Global 2019 di Hotel Shangri La di sini hari ini.

Mohamad Ariff yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan diminta mengulas keputusan kerajaan yang menarik diri daripada menyertai Statut Rom yang telah ditandatangani pada 4 Mac lalu disebabkan pelbagai pihak kurang faham mengenai perkara itu. -MalaysiaGazette