[VIDEO] “Walaupun Dia Abang! Dalam Padang Tetap Musuh” – Zuhair Aizat

PETALING JAYA – Pertembungan dua beradik iaitu Muhamad Hariz Fazrin Mohd Nazri yang mewakili UKM FC dan bintang muda Pahang, Muhammad Zuhair Aizat pada pusingan ketiga Shopee Piala FA 2019 dijangka antara aksi mencuri tumpuan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

Zuhair antara bakat muda yang jadi sebutan selepas jaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Kedah, 1-0 pada aksi keenam Liga Super di Stadium Darul Makmur, 8 Mac lalu.

Zuhair, 23, akui terpaksa menjadi ‘musuh’ kepada Hariz biarpun dia sentiasa menaruh penghormatan tertinggi kepada ahli keluarganya termasuk Hariz demi perjuangannya bersama skuad Tok Gajah.

Selain itu, Zuhair mempunyai dua abang yang turut akan bermain di pusingan ketiga Piala FA mewakili Jerantut FA iaitu Auzie Ashywad dan Hariz Irffan.

“Adik beradik saya semuanya bermain bola sepak sehingga saya paling bongsu tetapi yang kini masih aktif tinggal empat orang sahaja, dua di Jerantut FA dan seorang lagi di UKM.

“Harap saya dapat diturunkan dalam kesebelasan utama dan dapat bertembung di atas padang dengan abang saya.

“Di atas padang, saya kena buang hormat atas padang dan saya terpaksa menjadi musuh kepadanya kerana saya bersama rakan-rakan sepasukan lain menggalas misi penting untuk membantu Pahang layak ke pusingan seterusnya.