Datuk Hasanah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 15 hari bermula 3 Februari tahun depan untuk perbicaraan kes bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid yang dituduh pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta.

Hakim, Collin Lawrence Sequerah menetapkan 3 hingga 7 Februari, 10 hingga 14 Februari dan 17 hingga 21 Februari 2020 untuk perbicaraan dan 25 Mei ini untuk pengurusan kes lanjut.

Terdahulu, Hasanah, 61, yang diwakili peguam, Shaharudin Ali meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan semula terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahadhir Mohd Khairudin memaklumkan pihak pendakwaan akan memanggil 15 hingga 20 saksi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette