Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media pada program Digital Native Agenda Funding Diversity di Sunway Universiti, Bandar Sunway, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 APRIL 2019

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga salah seorang ahli dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata gabungan itu akan bermesyuarat minggu depan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.

Beliau berkata, PH akan bermesyuarat dan secara logiknya akan menentukan siapa calon PRK itu kerana mandat telah diberikan kepada DAP untuk meletakan calon mereka.

“Minggu depan Majlis Presiden (PH) akan mengadakan mesyuarat minggu depan..saya tidak ingat (bila tarikhnya), tetapi memang ada (mesyuarat).

“Keputusannya ialah DAP akan bertanding,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Siri Dialog Digital 2019 (DNA 23) hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata gabungan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu akan memberikan sokongan padu kepada mana-mana calon yang diberikan oleh DAP.

“Kita akan beri sokongan,” katanya lagi.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang mewakili DAP akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Tien Fatt memperolehi 10,098 majoriti selepas menewaskan Datuk Lim Ming Hoo daripada Parti Liberal Demokratik (LDP). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast