Para penyelamat sedang menjalankan kerja-kerja menyelamat selepas sebuah bas yang membawa 55 orang pelancong terbalik di Madeira. foto Agensi

MADEIRA – Sekurang-kurangnya 28 orang maut selepas bas yang membawa pelancong Jerman terbalik.

Kejadian yang berlaku di bandar Canico di kepulauan Portugis di Madeira turut mencederakan 28 orang penumpang yang lain.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas hilang kawalan di persimpangan telah terbabas berhampiran dengan kediaman.

“Tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan apa yang berlaku,” kata Datuk Bandar, Filipe Sousa.

PORTUGAL-ACCIDENT-TOURIST-BUS
Seorang wanita dibawa keluar daripada bas yang terbalik di Madeira. foto Agensi

Katanya, semua mangsa di dalam bas adalah pelancong Jerman tetapi penduduk tempatan juga ada yang menjadi mangsa.

Mereka yang maut terdiri daripada 17 wanita.

Semasa kejadian bas berkenaan membawa 55 orang penumpang.

Punca kemalangan sedang disiasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast