Pemain pasukan Kuala Lumpur, Arif Anwar ditolak pemain pasukan Petaling Jaya City FC, Joshua Jake (kiri) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Petaling Jaya City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Biarpun kekal di kedudukan tercorot, namun kemenangan malam tadi membolehkan Kuala Lumpur berkongsi tujuh mata dengan pasukan tangga ke-11, FELDA United FC dan hanya satu mata di belakang PJ City yang menghuni kedudukan ke-10.

Kuala Lumpur meneruskan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super selepas menewaskan PJ City FC 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

PJ City terlebih dahulu mencemaskan kubu Kuala Lumpur menerusi percubaan jarak dekat Safee Sali tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol, Faridzuean Kamaruddin pada minit ke-30.

Percubaan terbaik Kuala Lumpur di babak pertama hanya hadir pada minit ke-45 menerusi rembatan dari luar kotak penalti Guilherme De Paula yang ditampan penjaga gol, Muhaimin Mohamad.

Kuala Lumpur akhirnya berjaya mendapatkan gol pendahuluan selepas lima minit bersambung babak kedua apabila rembatan deras Ashri Chuchu terkena pemain PJ City, Aizulridzwan Razali sebelum singgah di palang gol dan menerjah jaring.

Ia kemenangan kedua skuad bimbingan Chong Yee Fatt dalam saingan liga musim ini selepas mengejutkan Kedah 2-1 di gelanggang sama pada 6 April lalu.

MGF20042019_ LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KUALA LUMPUR VS PJCITY FC16
Pemain pasukan Kuala Lumpur, Paulo Josue mengawal bola sambil diasak pemain pasukan Petaling Jaya City FC, Barathkumar Ramaloo pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Petaling Jaya City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2019
MGF20042019_ LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KUALA LUMPUR VS PJCITY FC15
Penjaga gawang pasukan Petaling Jaya City FC, Muhaimin Mohamad cuba menyelamatkan percubaan dari pemain Kuala Lumpur pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Petaling Jaya City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2019
MGF20042019_ LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KUALA LUMPUR VS PJCITY FC12
Pemain pasukan Kuala Lumpur, Ashri Chuchu meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Petaling Jaya City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2019
MGF20042019_ LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KUALA LUMPUR VS PJCITY FC13
Pemain pasukan Kuala Lumpur, Ashri Chuchu meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Petaling Jaya City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2019
MGF20042019_ LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KUALA LUMPUR VS PJCITY FC11
Pemain pasukan Kuala Lumpur, Guilherme De Paula (kiri) menanduk bola sambil diasak keras pemain pasukan Petaling Jaya City FC, Bae Beomgeun pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Petaling Jaya City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2019
MGF20042019_ LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KUALA LUMPUR VS PJCITY FC07
Pemain pasukan Petaling Jaya City FC, Safee Sali mengawal bola pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Petaling Jaya City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2019
MGF20042019_ LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KUALA LUMPUR VS PJCITY FC19
Reaksi kecewa pemain pasukan Petaling Jaya City FC selepas tamatnya perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Petaling Jaya City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2019
MGF20042019_ LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KUALA LUMPUR VS PJCITY FC02
Pasukan Kuala Lumpur bergambar sebelum memulakan perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Petaling Jaya City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2019
MGF20042019_ LIGA SUPER MALAYSIA 2019 KUALA LUMPUR VS PJCITY FC01
Pasukan Kuala Lumpur bergambar sebelum memulakan perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Petaling Jaya City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2019