Tuanku Sultan Ibrahim bersama Menteri Besar dan 10 anggota Exco baharu selepas selesai mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene. - Gambar ihsan Royal Press Office
Tuanku Sultan Ibrahim bersama Menteri Besar dan 10 anggota Exco baharu selepas selesai mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene. - Gambar ihsan Royal Press Office

JOHOR BAHRU – Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor (Exco) yang baharu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Istiadat pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Pada majlis sama, Sultan Johor berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal.

Dr. Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 pada 14 April lalu.

Antara anggota Exco yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (ADUN Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr. S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah).

Turut mengangkat sumpah Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Chen Choon (Jementah), Mohd Solihan Badri (Tenang), Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya). – MalaysiaGazette