Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Sumber Manusia hari ini gagalĀ  dalam rayuan menggugurkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengarahkannya membayar RM200,000 kepada Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali.

Dalam kes itu, Datuk Mahfuz Omar disaman malu oleh Hasan yang juga bekas pemimpin Pas.

Peguam Mahfuz, Faiz Fadzil berkata, tiga panel diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Putrajaya, Tan Sri Ahmad Maarop menolak permohonan anak guamnya dan mengarahkannya membayar RM10,000.

Pada Disember 2015 lalu, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Mahfuz membayar RM20,000 kepada Hassan yang juga presiden NGO, Jalur Tiga Malaysia.

Hasan telah menyaman Mahfuz kerana diddakwa mengeluarkan kenyataan fitnah pada tahun 2012 yang mendakwa Jati menerima peruntukan daripada Barisan Nasional untuk berceramah.- MalaysiaGazette