Menteri Kewangan, Lim Kit Siang berucap pada Perasmian Kempen Pemilikan Rumah - Ekspo Harta Tanah dan Perumahan Malaysia (HOC-MAPEX) di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 26 APRIL 2019

KUALA LUMPUR- Kementerian Kewangan memberi amaran bakal mengambil tindakan terhadap institusi-institusi kewangan yang enggan memberikan pembiayaan perumahan kepada pembeli.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak mahu sikap bank-bank tersebut menjejaskan usaha kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah kepada rakyat.

Tambahnya, Kementerian Kewangan sedang bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk melonggarkan syarat pinjaman perumahan tanpa meningkatkan paras hutang isi rumah.

“Bank tidak perlu takut untuk memberi pinjaman.

“Katakan bank beri pembiayaan RM42,000 tetapi nilai rumah tersebut lebih tinggi, mungkin RM100,000 jadi jika pembeli tidak mampu bayar, bank-bank boleh merampas rumah berkenaan dan melelongnya.

“Bank akan dapat balik wang mereka,” katanya semasa berucap merasmikan Kempen Pemilikan Rumah- Ekspo Hartanah & Perumahan Malaysia (HOC-MAPEX 2019) di sini hari ini

MGF26042019_PELANCARAN HOC 2019_07
Lim Kit Siang (tengah) diiringi Presiden REHDA, Datuk Soam Heng Choon (dua kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur MAPEX, Datuk Ng Seing Liong (empat kanan) mendengar penerangan ketika melawat pameran pada Perasmian Kempen Pemilikan Rumah – Ekspo Harta Tanah dan Perumahan Malaysia di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 26 APRIL 2019

Bagaimanapun, situasi tersebut menurut Guan Eng hanya boleh dipakai bagi kes-kes pemilikan rumah bukan mewah.

Dalam pada itu, beliau meminta pemaju hartanah untuk menumpukan perhatian kepada pembinaan rumah mampu milik dan mengurangkan projek-projek perumahan mewah.

Katanya, langkah ini bagi memastikan lebih ramai rakyat mampu memiliki kediaman sendiri tanpa dibebani hutang yang tinggi.

Ini juga akan mengurangkan isu longgokan hartanah yang tidak terjual.- MalaysiaGazette