KUCHING – Pengalaman berharga dapat melawat anaknya, Yusuf Islam Abdul Halik oleh Yusnita Sedini selepas ditahan oleh pihak berkuasa Kemboja selama lebih dua bulan di sebuah negara cukup asing itu sesuatu yang tidak dapat dilakukan. Malah ketika pertemuan wanita berusia dengan MalaysiaGazette baru-baru ini mendedahkan kisah cukup menyentuh jiwa berhubung kisah anak lelaki sulungnya daripada enam adik beradik yang mahu keluar menyara keluarganya. Yustina yang memulakan bicaranya mengaku dirinya bersalah kerana sering ‘membebel’ tentang keperitan keluarganya sehingga menyebabkan Yusuf keluar mencari kerja dengan gaji lumayan berbentuk USD.