Orang ramai melihat kesan letupan di sebuah gereja di Sri Lanka. foto Agensi

COLOMBO – Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena mengharamkan dua kumpulan militan Islam yang disyaki menjadi dalang insiden pengeboman di gereja dan hotel di negara itu baru-baru ini.

Presiden itu menggunakan kuasa darurat untuk mengharamkan National Thawheedh Jamaath (NTJ) dan Jamathei Millathu Ibrahim selepas hampir seminggu insiden yang mengorbankan lebih 250 orang itu berlaku, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengharaman tersebut adalah susulan serbuan pihak tentera terhadap rumah persembunyian salah satu kumpulan berkenaan sehingga menyebabkan isteri dan seorang anak pemimpin kumpulan tersebut cedera.

Pihak berkuasa Sri Lanka tidak boleh mengharamkan dua kumpulan pengganas tersebut kerana undang-undang negara berkenaan memerlukan mereka menunjukkan bukti kukuh sebelum sebarang tindakan diambil, kata seorang pegawai kanan kerajaan.- MalaysiaGazette