Sebahagian pengunjung yang melawat Laman Sayur-Sayuran sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2018) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maeps, Serdang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 23 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan menurun 1.5 peratus pada bulan Mac 2019 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Sektor yang mencatatkan penurunan dalam bulan ini adalah sektor pertanian, perhutanan & perikanan (-14.2%), bekalan air (-1.7%) dan pembuatan (-0.8%).

Sebaliknya, indeks perlombongan dan bekalan elektrik & gas masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 3.0 peratus dan 2.1 peratus.

Berbanding bulan sebelumnya, IHPR pengeluaran tempatan menyusut sebanyak 0.3 peratus pada Mac 2019.

Ia adalah disebabkan oleh penyusutan dalam indeks pertanian, perhutanan & perikanan sebanyak 5.8 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, walau bagaimanapun, indeks bagi empat sektor meningkat iaitu bekalan elektrik & gas (+2.1%), perlombongan (+0.5%), bekalan air (+0.2%) dan pembuatan (+0.1%).

IHPR pengeluaran tempatan bagi tempoh Januari-Mac 2019 mencatatkan penurunan sebanyak 2.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pada bulan Mac 2019, IHPR pengeluaran tempatan di semua peringkat pemprosesan menunjukkan penurunan berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Penurunan ini disumbangkan oleh Indeks Bahan Mentah untuk diproseskan selanjutnya (-3.0%), bahan perantaraan, bekalan & komponen (-1.3%) dan barang siap (-0.6%).

Bagi perbandingan bulanan, IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan pada Mac 2019 menurun 0.3 peratus yang telah disumbangkan oleh bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya (-1.1%) dan barang siap (-0.2%).

Selain itu, bahan perantaraan, bekalan & komponen meningkat 0.1 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast