Jurgen Klopp

BARCELONA – Pengurus Liverpool tidak bimbang untuk berdepan Barcelona di Camp Nou pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah minggu ini.

Jurgen Klopp berkata, lawatan ke stadium itu tidak menakutkan mereka berdepan juara La Liga itu.

Liverpool akan beraksi dalam aksi pertama separuh akhir di Catalunya sebelum perlawanan timbal balik di Anfield pada 7 Mei.

Bagaimanapun mereka berdepan ujian getir di Camp Nou yang begitu kebal untuk pasukan pelawat menewaskan Barcelona.

Pasukan Ernesto Valverde menang empat daripada lima aksi Liga Juara-Juara Eropah di Camp Nou musim ini.

Namun Klopp tidak percaya dengan mistik itu.

“Camp Nou hanyalah stadium besar tetapi bukannya ‘kuil’ bola sepak,” kata secara sinis.

Klopp mahu pasukannya mempamerkan aksi terbaik di Camp Nou walaupun pasukan lain gagal melakukannya di tempat lawan.

“Kalau kamu beraksi menentang Barcelona, kamu bukan pasukan pilihan untuk menjadi juara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast